Thursday, March 3, 2011

Waktu berkumpul dan bertolak

Mohd Shazni Abdullah
Bas akan menuggu peserta-peserta dalam lingkungan jam 2.30 - 3.30 di stesen LRT TAMAN MELATI.
Mohon kerjasama peserta yang tinggal berjauhan supaya solat jumaat di kawasan Gombak untuk memudahkan kita bertolak pada waktunya.

Tuesday, March 1, 2011

Keperluan Peserta

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIBAWA OLEH PARA PESERTA KEM SAKTI V


1. Sepanjang Sesi Pembentangan / Diskusi


a. Lelaki

i. Kemeja –T berkolar / Kemeja

ii. Seluar panjang / seluar track

iii. Seluar ‘jeans’ tanpa corak dan berkeadaan kemas (tidak lusuh dan koyak) adalah dibenarkan


b. Wanita

i. Pakaian sopan yang menutup aurat

ii. Kemeja –T berlengan panjang separas peha adalah dibenarkan

iii. Seluar ketat atau body fit adalah tidak dibenarkan sama sekali


2. Riadah

a. Pakaian sukan yang menutup aurat dan tidak menampakkan bentuk tubuh

b. Kasut yang sesuai untuk aktiviti sukan dan Kembara Air Terjun


3. Penghayatan Rohani

a. Lelaki

i. Baju Melayu atau jubah, dan

ii. Kain pelikat atau seluar, dan

iii. Kopiah atau songkok

b. Wanita

i. Telekung atau

ii. Pakaian sopan yang menutup aurat dengan sempurna termasuk stoking


4. Keperluan Harian

i. Kain basahan, berus gigi, ubat gigi, dan sabun

ii. Selipar, penyangkut baju, ubat-ubatan persendirian (sekiranya perlu)

iii. Para peserta digalakkan untuk membawa payung

iv. Alat tulis dan buku catatan

v. Lain-lain keperluan yang difikirkan perlu

Wednesday, February 16, 2011

Apa Manfaat Saya Sertai SAKTI / GPTD?

  • Dilatih untuk berfikir secara lebih jauh dan terbuka berasaskan Tasawwur Islami (pandangan sarwa alam berpandukan Islam).
  • Penguasaan sekurang-kurangnya 4 bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Arab, dan bahasa asing di tempat yang mana anda akan ditugaskan.
  • Pengalaman menguruskan organisasi dan kepimpinan serta kemahiran menyelesaikan masalah.
  • Meningkatkan produktiviti dengan kesedaran pentingnya meningkatkan kecemerlangan peribadi seterusnya menyumbang yang terbaik untuk institusi dan masyarakat tanpa mengharapkan imbuhan.
  • Mengurangkan potensi untuk terlibat dalam jenayah dan gejala sosial di samping meningkatkan nilai tambah peribadi.
  • Meneladani ilmuwan Islam dan aktivis sosial dalam penyelesaian masalah sosial serta sebagai inspirasi kecemerlangan.
  • Mengenali ruang dan peluang untuk menimba pengalaman melalui gerak kerja khidmat sosial di dalam dan luar negara.
  • Meramaikan sukarelawan khidmat sosial untuk mengembangkan lagi gerak kerja yang berkaitan.

Tuesday, February 8, 2011

Sasaran Penyertaan

Siapa perlu hadir ke kem ini?
  • Berumur antara 16 - 30 tahun
  • Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang program GPTD
  • Berminat untuk terlibat dengan gerak kerja GPTD
  • Ahli baru GPTD
  • Mereka yang pernah mengikuti program pengenalan GPTD di seluruh Malaysia
  • Sukarelawan yang telah diserap ke dalam Grup Jejak Melayu, Grup Wali Songo, Grup Al-Fatih, Grup Ibnu Khaldun, Grup Ibnu Battutah, Grup Jil Salahuddin, Grup Tariq, dan Grup Cheng Ho bagi tahun 2010/2012 (wajib hadir!)

Cara penyertaan
  • Depositkan yuran pendaftaran ke dalam akaun Kelab Generasi Pemuda Tamadun Dunia (GPTD), No. Akaun 12190000828102 (Bank CIMB), simpan slip sebagai bukti pembayaran
  • Daftar nama penuh, no. kad pengenalan, no. telefon, no. & tarikh transaksi bank (ada pada slip) dan e-melkan ke gptdhq@gmail.com atau hantarkan ke 017 - 666 5958 (Sdr Hakim)atau DAFTAR DI SINI
  • Bawa slip pembayaran semasa pendaftaran (Jumaat 4 Mac 2011)

DAFTAR SEGERA! TEMPAT TERHAD!

Cadangan Aturcara Kem SAKTI V

HARI PERTAMA : 04 Mac 2011, Jumaat
02.00 ptg
Ketibaan / Pendaftaran Peserta / Persiapan khemah

04.30 ptg
Minum petang / Solat Asar

05.00 ptg
Taklimat / Riadah

07.00 mlm
Makan malam / Solat Maghrib / Kuliyah Maghrib: "Rahmat Sekelian Alam: Islam Pilihanku" / Solat Isyak

09.00 mlm
Perasmian Pembukaan Kem SAKTI V
Sesi 1: C.I.N.T.A.

11.00 mlm
Minum malam / Istirahat


HARI KEDUA : 05 Mac 2011, Sabtu
06.00 pg
Solat Subuh / Kuliyah Subuh: "Rahmat Sekelian Alam: GPTD – Kembara Mencari Diri"

07.30 pg
Senaman pagi / Sarapan pagi

08.30 pg
Sesi 2: Meneropong Dunia

10.30 pg
Minum pagi

10.45 pg
Sesi 3: Eksplorasi Andalus

12:45 tgh
Makan tengah hari / Solat Zuhur

02.00 ptg
Sesi 4: Siapa Kita

04.30 ptg
Minum petang / Solat Asar

05.00 ptg
Riadah

07.00 mlm
Makan malam / Solat Maghrib / Kuliyah Maghrib: "Rahmat Sekelian Alam: Islam Sumber Tamadun" (Ust. Uda Kasim, LZS MAIS) / Solat Isyak

09.00 mlm
Sesi 5: Moh Limo Lir Ilir

11.00 mlm
Minum malam / Istirahat


HARI KETIGA : 06 Mac 2011, Ahad
04.30 pg
Qiyamullail / Solat Subuh / Kuliyah Subuh: "Rahmat Sekelian Alam: Belia dan Perjuangan Dakwah"

07.30 pg
Senaman pagi / Sarapan pagi

08.30 pg
Sesi 6: Bahtera Penyelamat

10.35 pg
Minum pagi

10:45 pg
Sesi Penilaian

12.00 tgh
Majlis Perasmian Penutupan Kem SAKTI V

01:00 ptg
Makan tengah hari / Solat Zuhur

02.00 ptg
Bersurai

Objektif SAKTI V

Objektif program adalah seperti berikut:
  • Membentuk perbadi yang mengenali siapa diri dan faham tanggungjawab.
  • Membina keyakinan dengan mendasari kepentingan ilmu di dalam kehidupan seharian.
  • Mendedahkan peserta kepada aktiviti-aktiviti kesukarelaan dalam dan luar negara.
  • Membentuk peribadi remaja yang mampu menjadi agen perubahan positif di dalam masyarakat.

Pengenalan Kem SAKTI V

Pengenalan

Kesukarelawanan merupakan salah satu nilai ekslusif yang perlu ada pada individu yang berperibadi cemerlang. Masyarakat yang produktif lahir dari wujudnya individu yang cemerlang. Namun, apa yang membimbangkan adalah nilai murni tersebut semakin pudar di kalangan masyarakat masa kini khususnya di kalangan belia yang menjadi pewaris kepimpinan generasi masa hadapan.

Pelbagai gejala negatif hari ini dikaitkan dengan kelompok belia. Belia yang tiada prinsip kehidupan dan lemah jatidiri ini akan mudah terpengaruh dengan persekitaran yang melalaikan.

Namun, di sebalik realiti yang semakin mencengkam ini, alhamdulilLah, berkat keizinan-Nya, Kelab Generasi Pemuda Tamadun Dunia (GPTD) telah berjaya membimbing sebahagian dari belia hari ini dalam mendepani cabaran semasa melalui gerak kerja kesukarelawanannya.

Di kala kebanyakan belia hari ini hanyut dengan hambatan hidup berteraskan materialisme dan arus keseronokan, sebahagian dari sukarelawan GPTD telah menyumbangkan masa terbaik dalam hidup mereka (masa muda) untuk berbakti kepada masyarakat di dalam dan luar negara.

Ada di kalangan sukarelawan yang berjaya menyumbangkan masa antara sebulan hingga tiga tahun bagi membimbing masyarakat minoriti Muslim dalam menghayati kembali ajaran Islam yang syumul.

Tidak kurang pula ramainya sukarelawan yang berbakti di tanah air dalam setiap kesempatan yang ada. Pelbagai bentuk aktiviti dicetuskan oleh GPTD, baik dalam bentuk diskusi ilmiah, kempen kesedaran, kembara, aktiviti lasak bahkan kesenian. Kesemua pendekatan itu bertujuan untuk memupuk jiwa sukarelawan di kalangan peserta dan memantapkan jatidiri belia.

Sudah tentu untuk melaksanakan semua gerak kerja yang dinyatakan di atas, pendedahan dan latihan yang secukupnya amat diperlukan. Ramai sukarelawan perlu dilatih untuk menjayakan misi ini.

Justeru, dengan kesedaran pada kepentingan mencegah gejala sosial, pemantapan jatidiri seterusnya membangunkan potensi belia hari ini, Kelab Generasi Pemuda Tamadun Dunia (GPTD) terpanggil untuk meneruskan penganjuran Kem Asas Sukarelawan dan Jatidiri (SAKTI) buat kali ke-5.

Program ini akan memberi pendedahan kepada realiti hari ini yang kian mencabar, seterusnya mempersiapkan peserta menghadapinya dengan ilmu dan kebijaksanaan dengan meneladani contoh dari generasi terdahulu.

Tujuan Umum Penganjuran

Kem ini akan mendedahkan peserta dari segi ancaman budaya hidup yang bercanggah dengan syariat Islam serta kesannya. Seterusnya, peserta akan dirangsang untuk berkongsi idea dan cadangan penyelesaian dengan bimbingan para jurulatih.

Peserta yang terpilih akan ditawarkan untuk menyertai gerak kerja kesukarelawanan di peringkat seterusnya, sehingga mereka mampu untuk berdikari dalam memimpin gerak kerja seumpamanya.

Kerjasama daripada pihak kerajaan dan swasta yang berterusan amat diperlukan bagi merangsang pembangunan positif di kalangan belia (positive youth development – PYD) dalam meningkatkan kualiti belia yang bakal mengambil alih kepimpinan generasi di masa akan datang.

Di samping itu, dengan sokongan semua pihak terhadap program seumpama ini, ia diharapkan dapat mengatasi isu gejala sosial yang semakin menular di dalam masyarakat hari ini.